| Links
& Resources |
 |
www.lasikinstitute.org
- probably the best source of well-balanced information
on LASIK for both the public and physicians |
 |
www.eyenet.org
- the home page of the American Academy of Ophthalmology |
 |
www.ascrs.org
- a comprehensive link to relevant information
on eye health and refractive surgery |
|
|
|
Soalan-soalan kerap tentang prosedur LASIK | Siapakah
kami? |
| Apa
itu LASIK? |
LASIK
( dikenali sebagai Laser Assisted In Situ Keratomileusis
) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk
ralat pembiasan ( rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme
) yang paling popular dan berjaya di seluruh dunia.
Pembedahan LASIK buat kali pertama dijalankan lebih
sepuluh tahun yang lalu, dan lebih 2 juta pembedahan
LASIK sahaja telah dijalankan di Amerika Syarikat
2 tahun kebelakangan ini. Hari ini, prosedur ini
banyak diamalkan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat,
Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.
LASIK mengubah kelengkungan kornea. Prosedur 10
minit ini tanpa perlunya kemasukan ke hospital.
Selepas memasukkan titisan mata anestetik untuk
mengebaskan mata, doktor bedah mata yang terlatih
akan membentuk satu lapisan nipis kornea (flap)
dengan alat microkeratome ( suatu alat pembedahan
mikro yang amat jitu ). Selepas flap ini dibentuk
, ia diketepikan, dan permukaan kelengkungan kornea
diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer ( lapisan
tisu kornea yang diubahbentuk ini amat nipis sekali,
ketebalannya dalam lingkungan mikrometer ). Berlainan
daripada sinaran laser biasa , laser Excimer membentuk
semula permukaan tisu tanpa memberi kesan kerosakan
haba atau keparutan kepada tisu-tisu sekeliling.
Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih
terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlunya
sebarang jahitan. |
 |
Sinaran
laser mengubah bentuk kornea dan justeru kelengkungan
kornea. Dalam kes rabun jauh (miopia) kelengkungan
ini menjadi lebih rata; lebih curam dalam kes rabun
dekat ( hiperopia ), atau lebih bulat dalam kes
astigmatisme.
Wavefront LASIK (customised ablation)
adalah cara pembetulan ralat refraktif yang terkini
dan ia telah dibukti dapat memberikan mutu penglihatan
yang lebih baik terutamanya dalam keadaan persekitaran
yang malap seperti pada waktu malam.
Prinsipnya
adalah sama dengan LASIK biasa, tetapi dalam pembedahan
cara ini aturcara komputer laser kornea mengambil
kira ralat-ralat refraktif yang lebih kompleks yang
sedia ada dan khusus dalam setiap individu (customised)
supaya ralat-ralat ini juga dihapuskan.
Jangkahasil
Wavefront Lasik (customised ablation) ialah ia dapat
memberikan kualiti penglihatan yang lebih baik dan
sungguh memuaskan. |
|
| Apakah
Jangka Hasil LASIK? |
Hasil
keputusan dari suatu kajian klinikal di A.S :
100%
pesakit memperolehi kemajuan penglihatan tanpa penggunaan
kaca mata.
95%
mencapai penglihatan 6/12 atau lebih baik tanpa
penggunaan kaca mata.
60-80%
mencapai penglihatan 6/6 tanpa penggunaan kaca mata.
Matlamat pembedahan pembiasan adalah untuk
mengurangkan kebergantungan pada kaca mata atau
kanta lekap. Ia tidak boleh memperbaiki daya penglihatan.
Konsep ini adalah sangat mustahak supaya anda mempunyai
jangkaan yang realistik. Walaupun ramai orang dapat
mencapai penglihatan 6/6 tanpa kaca mata selepas
pembedahan LASIK, sebilangan pesakit perlu memakai
kaca mata untuk memandu pada waktu malam ataupun
apabila membaca. |
|
| Apakah
Kesan Sampingan /Risiko LASIK? |
Seperti
semua jenis pembedahan, sedikit risiko memang wujud.
Doktor mata kami akan menasihatkan anda. Pada keseluruhannya
risiko ini adalah amat kecil dan hanya segelintir
sahaja yang mempunyai mutu penglihatan yang kurang
memuaskan selepas LASIK. Dengan menggunakan teknologi
terkini, dan juga doktor yang terlatih, kemungkinan
terjejasnya penglihatan selepas LASIK adalah amat
tipis sekali. |
|
| Apakah
yang dirangkumi oleh pembedahan ini? |
|
|
| Siapakah
Golongan Yang Sesuai Untuk Rawatan LASIK? |
- Rabun
Jauh ( Miopia ) hingga 12.00 Diopter
- Rabun
Dekat ( Hiperopia ) hingga 6.00 Diopter
- Astigmatisme
hingga 4.00 Diopter
- Umur
18 tahun ke atas
|
Tujuan
bahan-bahan penerangan kami adalah untuk memberi
pendidikan dan kesedaran mengenai faedah dan risiko
pembedahan LASIK kepada anda. Walau bagaimanapun,
kami menjemput anda menemui dan berbincang dengan
doktor-doktor mata kami supaya anda dapat membuat
keputusan yang bermaklum dan membuat pilihan sama
ada anda ingin mengurangkan kebergantungan pada
kaca mata / kanta lekap atau tidak. |
|
| Cara
Menghubungi Kami? |
|
|
| |
|
|