| Links
& Resources |
 |
www.lasikinstitute.org
- probably the best source of well-balanced information
on LASIK for both the public and physicians |
 |
www.eyenet.org
- the home page of the American Academy of Ophthalmology |
 |
www.ascrs.org
- a comprehensive link to relevant information
on eye health and refractive surgery |
|
|
| Siapakah
kami? | Soalan-soalan kerap
tentang prosedur LASIK |
| Siapakah
kami? |
TLC
the lasik centre adalah sebuah pusat pembetulan
penglihatan laser yang berdasarkan konsep perkhidmatan
yang bermutu dan cemerlang dalam pembedahan ralat
pembiasan ( ralat refraktif ).
Pusat ini diuruskan oleh doktor-doktor pembedahan
mata kami yang berpengalaman dan terlatih, dan mereka
percaya bahawa dengan hanya menggunakan peralatan
pembedahan dan teknologi laser yang terkini dan
yang telah terbukti, bersama dengan pengalaman dan
pengetahuan klinikal doktor-doktor kami, matlamat
ini akan tercapai.
Mesin Laser Excimer Bausch and Lomb Technolas 217z
mempunyai rekod klinikal yang terbukti, dan berupaya
memberi hasil keputusan yang jitu di kalangan mata
pesakit-pesakit tempatan dan di Asia Tenggara, dan
keratome mikro Hansatome adalah di antara yang paling
kerap digunakan oleh doktor-doktor pembedahan Lasik
di seluruh dunia.
Teknologi
canggih laser yang digunakan termasuk Wavefront
LASIK dan aberrometer. Pastikan anda mendapat kaunseling
mengenai teknologi yang terkini dan terbukti ini.
|
|
|
| Dimanakah
pusat kami? |
Lokasi
dan kemudahan pusat LASIK kami di B-2-5,
Northpoint Offices,
Mid Valley City No.1
Medan Syed Putra Utara 59200 Kuala Lumpur memberikan
anda suatu alam persekitaran yang selesa supaya
anda boleh membuat keputusan yang bermaklum tentang
prosedur ini.
Ahli-ahli professional pusat kami akan memastikan
segala soalan atau isu-isu yang penting berkaitan
dengan prosedur ini diberi perhatian dan jawapan
terdahulu supaya anda dapat mencapai keputusan anda.
|
|
| Apakah
kelayakan doktor-doktor di TLC? |
Yang penting sekali, kesemua
doktor mata kami mempunyai ijazah siswazah dalam
bidang kepakaran mata yang diakui di dalam negara
dan juga di Komanwel British, dan pusat ini berkomitmen
dalam program pendidikan perubatan lanjutan supaya
kesemua doktor bedah kami sentiasa mengemaskinikan
diri mereka dalam bidang pembedahan ralat pembiasan.
Lagipun, kerana pengurusan pusat ini diurus oleh
doktor-doktor mata, mereka dapat membuat segala
keputusan klinikal demi kepentingan pesakit sahaja,
dan bebas dari segala pengaruh kontraktual segi
komersial. Oleh itu, kesemua pesakit pusat ini mesti
menjalani pemeriksaan mata dan kesihatan am yang
menyeluruh, termasuk scan kornea (Orbscan II) untuk
memastikan bahawa semua pesakit benar-benar mendapat
manfaat daripada pembedahan ini. Kerapkali, ada
segelintir pesakit yang akan didapati tidak sesuai
dan dinasihatkan supaya tidak memilih prosedur ini.
.
|
|
| |
|
|